Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pelbagai program diatur dan dilaksanakan oleh pimpinan di semua peringkat sempena bulan Ramadan dalam usaha menyantuni masyarakat setempat, khususnya bagi memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri, tidak terkecuali mengambil peluang untuk turun padang bersama masyarakat dalam siri Program Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani yang diadakan sepanjang bulan mulia ini.

Menurut beliau, biarpun sebelum ini pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bersama masyarakat setempat, namun pengisian sepanjang
Ramadan ini lebih bermakna kerana ia memberi ruang untuk memperkukuh nilai kebersamaan dan keinsafan.

“Semalam saya singgah di Surau Al-Hidayah, Taman Sri Jaya dalam siri Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani. Bersama saya juga ialah Datuk Encik Lassim Burhan, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, dan Saudara Khairul Amri Sa’adan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes


“Saya amat menghargai kerjasama baik daripada pihak pengurusan surau yang membantu menjayakan program ini. Semoga segala amal kebaikan kita sepanjang Ramadan ini diterima dan diberkati oleh Allah swt,” katanya kepada UMNO-Online.

Selain menyantuni masyarakat di surau dan masjid, Najib turut meluangkan masa meninjau suasana Bazar Ramadan Taman Ceria yang menjadi tumpuan orang ramai mencari juadah berbuka puasa.

“Mencari juadah berbuka di bazar ini, rambang mata bila tengok semua jualan yang ada. Saya tak datang kosong, saya bawa sedikit buah tangan untuk semua pengunjung dan peniaga sebagai tanda penghargaan,” ujarnya.

Beliau turut mendoakan agar semua peniaga bazar Ramadan di kawasan DUN Parit Yaani dimurahkan rezeki serta dipermudah segala urusan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

“Semoga Ramadan kali ini terus menjadi medan untuk kita memperkukuh perpaduan dan menambah amal kebajikan bersama rakyat,” tambahnya lagi. – UMNO Online

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker