Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kerajaan MADANI telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Teknikal bagi meneliti secara menyeluruh cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sejak tahun 2023, kajian empirikal telah dilaksanakan melalui lawatan rasmi ke Kanada, Australia dan United Kingdom.
“Kajian empirikal yang telah dilaksanakan memberi tumpuan kepada lima aspek utama, iaitu kaedah pelantikan, tempoh lantikan, kelayakan, mekanisme pemecatan serta akauntabiliti. Director of Public Prosecutions di United Kingdom, Australia dan Kanada.
“Kajian empirikal ini tidak dilaksanakan secara tertutup, sebaliknya dimulakan melalui siri perbincangan meja bulat pakar yang dianjurkan oleh BHEUU, JPM dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), University College London, University of Ottawa dan Monash University Australia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
“Sesi-sesi ini menghimpunkan lebih 50 orang pakar dari Malaysia, United Kingdom, Kanada dan Australia, termasuk tokoh perlembagaan dan akademik terkemuka, di samping penglibatan aktif pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan seperti SUHAKAM, BERSIH, C4 Center, IDEAS, Transparency International, Projek SAMA serta CSO Platform for Reform,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menjelaskan Kerajaan MADANI berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang Pendakwa Raya selaras dengan pengasingan peranan Pendakwa Raya daripada Peguam Negara.
“Pengasingan antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan memperjelas peranan institusi, mengukuhkan neutraliti pendakwaan serta meningkatkan keyakinan awam bahawa keputusan dibuat berasaskan bukti dan undang-undang, bukan pertimbangan politik. Jika distrukturkan dengan teliti, langkah ini akan memperkukuh kebebasan sebenar dan persepsi terhadap fungsi pendakwaan.
“Peranan dwifungsi Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang Kerajaan dan pada masa yang sama Pendakwa Raya telah berterusan dalam bentuk yang sama. Struktur tersebut telah wujud selama kira-kira 66 tahun tanpa apa-apa perubahan,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang menambah Parlimen menjalankan fungsi semak dan imbang melalui pertanyaan serta penelitian terhadap dasar dan tindakan Kerajaan.
“Perkara 43(3) memperuntukkan Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen. Ini jelas mencerminkan semangat asas Perlembagaan di mana Jemaah Menteri, yang dipertanggungjawabkan ke atas urusan hal ehwal pentadbiran negara, dapat disemak dan diimbang tindakannya oleh Parlimen.
“Inilah fungsi teras cabang legislatif dalam kerangka pemisahan kuasa yang kita amalkan, bukan untuk menjalankan kuasa pelantikan, tetapi untuk menggubal undang-undang dan memastikan pertanggungjawaban Kerajaan kepada rakyat,” ujarnya. – UMNO Online
Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes
You must be logged in to post a comment.