Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Keadaan di Qatar dan negara-negara Teluk masih terkawal walaupun persekitaran keselamatan di Timur Tengah kini tidak menentu susulan ketegangan serantau yang menjejaskan pergerakan serta keselamatan orang awam, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata setakat ini situasi semasa belum memerlukan kerajaan mengaktifkan pelan evakuasi untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari negara-negara berkenaan.
“Kita sedang meneliti, memantau keadaan di sana dan situasi sekarang ini belum lagi memungkinkan kita untuk mengaktifkan pelan evakuasi,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Azahar Hassan mengenai langkah kerajaan memindahkan rakyat Malaysia yang dikatakan ‘terperangkap’ di Qatar dan Timur Tengah akibat ketegangan di kawasan berkenaan.
Mohamad berkata Kementerian Luar (Wisma Putra) bagaimanapun telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara, khususnya mereka yang terjejas akibat gangguan penerbangan dan sekatan pergerakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
Langkah-langkah itu termasuk membuka bilik gerakan 24 jam dan memastikan rakyat Malaysia dapat berhubung dengan pejabat konsulat di setiap negara terlibat, manakala kedutaan turut memantau perkembangan secara berterusan.
“Ketika ini, terdapat kira-kira 29,000 rakyat Malaysia berada di negara-negara Teluk, dengan kira-kira 13,000 daripadanya berdaftar dengan kedutaan. Di Qatar sahaja, seramai 2,007 rakyat Malaysia berdaftar dan kebanyakannya bekerja dengan syarikat penerbangan dan sektor berkaitan,” katanya.
Beliau menegaskan fokus kerajaan ketika ini adalah membantu rakyat Malaysia yang dalam perjalanan transit di Dubai, Oman, Abu Dhabi dan Doha manakala mereka yang menetap di sana tiada isu kerana mempunyai tempat tinggal dan kemudahan lengkap.
Mohamad berkata rundingan juga sedang diadakan dengan Lembaga Tabung Haji bagi menggunakan kemudahan penginapan milik agensi itu di Jeddah untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pembatalan penerbangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Kerajaan turut akan berusaha menguruskan kes individu termasuk pelajar yang terkandas dengan menempatkan mereka di premis kedutaan, selain berharap syarikat pengendali umrah bertanggungjawab terhadap jemaah masing-masing.
“Buat masa ini, syarikat penerbangan Malaysia tidak meneruskan penerbangan ke Arab Saudi walaupun ruang udara negara itu masih terbuka. Ini berkemungkinan besar disebabkan syarikat insurans meningkatkan premium insurans mereka sehingga menjejaskan daya maju operasi dan isu ini sedang kita selesaikan,” katanya. – BERNAMA
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes
You must be logged in to post a comment.