Jenazah tak boleh dikebumi selagi hutang belum langsai

Jenazah tak boleh dikebumi selagi hutang belum langsai

Jenazah tak boleh dikebumi selagi hutang belum langsai
Suasana bertukar kecoh apabila sekumpulan penduduk menghalang jenazah daripada dibawa ke tanah perkuburan. – Tangkap layar

JAKARTA – Satu majlis pengebumian bertukar kecoh apabila sejumlah wanita menuntut hutang si mati dilangsaikan warisnya sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku di Sampang, Pulau Madura.

Ketua Perhubungan Awam Polis Sampang, Asisten Komisioner Eko Puji Waluyo berkata, si mati mempunyai banyak hutang tertunggak, menyebabkan jenazahnya ditahan daripada dibawa ke tanah perkuburan.

“Sehingga keluarga si mati menyatakan kesediaan mereka untuk bertanggungjawab membayar hutangnya, jenazah tidak dibenarkan untuk dikebumikan,” kata Eko.

Selepas berbincang, keluarga si mati akhirnya menyatakan kesediaan mereka untuk menanggung hutangnya supaya proses pengebumian dapat diteruskan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes


Sementara itu, dalam video tersebut, salah seorang wanita didengari berkata: “Si mati mempunyai hutang iaitu 25 gram emas, 15 juta rupiah (RM3,496) tunai, dengan anggaran jumlah keseluruhan sebanyak 215 juta rupiah (RM50,100).

Seorang penduduk lain kemudian berkata: “Maaf, jangan kebumikan sebelum seseorang bertanggungjawab (membayar hutang).” – AGENSI

Jenazah tak boleh dikebumi selagi hutang belum langsai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker