Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat

PUTATAN, 3 Mac – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, telah mengadakan Jelajah Ramadan di Bazar Ramadan Sembulan bagi menyantuni para peniaga dan pengunjung yang hadir membuat persiapan berbuka puasa.
Dalam ruang ini, Jeffery Nor meluangkan masa beramah mesra, bertanya khabar serta meninjau gerai-gerai jualan.
Beliau turut menekankan bahawa Ramadan adalah bulan yang menuntut setiap individu untuk lebih prihatin dan sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat.
Menurut beliau, bazar Ramadan bukan sahaja menjadi lokasi jual beli makanan, malah berperanan sebagai medan penting menjana pendapatan tambahan bagi peniaga kecil dan keluarga mereka.
“Justeru, sokongan berterusan daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi memastikan golongan tersebut terus berdaya saing. Lawatan tersebut bukan sahaja bertujuan menyampaikan sokongan moral, malah menjadi platform untuk mendengar sendiri pandangan dan keperluan peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi setempat sepanjang bulan Ramadan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ulang Tahun Tentera Darat: Mohamed Khaled Seru Perkukuh Integriti, Profesionalisme
- Wanita UMNO Terus Aktif Turun Padang, Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat
- Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Tindakan Rejim Zionis Serang Republik Iran
Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa
Beliau turut menegaskan bahawa semangat kebersamaan yang dizahirkan dalam program jelajah ini mencerminkan usaha memperkukuh gerak kerja dan semangat kebersamaan dalam setiap ruang termasuklah mendekati masyarakat pelbagai peringkat.
“Kita mahu memastikan hubungan antara kepimpinan dan masyarakat sentiasa erat. Dengan mendengar sendiri masalah dan pandangan mereka, kita dapat merancang pendekatan yang lebih berkesan demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Ujarnya, Program Jelajah Ramadan itu juga menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
“Usaha seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan dan semangat perpaduan, selaras dengan semangat Ramadan yang menuntut keprihatinan, kebersamaan dan khidmat berterusan kepada masyarakat,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Jeffery Nor yang juga Pengerusi FELCRA Berhad Balingian telah menyempurnakan majlis Penyerahan Cermin Mata sumbangan FELCRA Berhad kepada penerima, pada Ahad lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara
Ujar Jeffery Nor, program ini merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan dan tanggungjawab sosial FELCRA Berhad dalam membantu masyarakat setempat, khususnya dalam meringankan beban penerima yang memerlukan bantuan penglihatan.
Majlis yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian P.173 Putatan itu turut dihadiri Naib Ketua UMNO Bahagian Putatan, Sumitah Hassan; Ketua Wanita UMNO Bahagian Putatan Datuk Juriah Palasin; serta beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian. – UMNO Online
Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes
You must be logged in to post a comment.