RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Usaha menangani ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah, negeri dan daerah merupakan antara agenda utama kerajaan dalam memacu pembangunan negara yang lebih inklusif serta mampan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Ini kerana katanya, komitmen tersebut dilaksanakan menerusi kerangka Ekonomi Madani yang menjadi asas utama penstrukturan semula ekonomi negara, di samping pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan berkualiti, seimbang dan saksama antara wilayah.
Menurutnya, untuk merapatkan jurang pembangunan, RMK13 menekankan 18 strategi bagi melonjakkan industri High Growth, High Value (HGHV) serta sektor strategik berimpak tinggi.
“Antara strategi utama termasuk mereformasi industri semikonduktor tempatan bagi melahirkan usahawan bertaraf global, meningkatkan keupayaan pengeluaran produk High Value, High Technology (HVHT) ‘Made by Malaysia’ dan membangunkan bakat berkemahiran tinggi.
“Selain itu, penekanan turut diberikan kepada pemantapan pelancongan berpendapatan tinggi dan lestari untuk menjana peluang ekonomi baharu, melonjakkan subsektor agromakanan dan agrokomoditi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi desa, serta memperkukuh industri perkhidmatan kewangan bagi memperluas akses pembiayaan dan menyokong pertumbuhan perniagaan serta pelaburan di seluruh negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
Beliau berkata demikian ketika sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Mohd Shahar turut menjelaskan bahawa RMK13 menggariskan perancangan untuk merancakkan ekonomi desa melalui pembangunan sumber pertumbuhan baharu berasaskan kesesuaian sumber dan potensi tempatan seperti ekonomi biru, jingga dan hijau, selain ekonomi digital.
Bagi menangani ketidakseimbangan peluang pekerjaan, katanya, Kerajaan memberi penekanan kepada pelaburan dalam bidang pendidikan dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), di samping sokongan kepada usahawan muda bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Peranan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) juga akan diperkukuh bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan penyertaan dan pemilikan Bumiputera dalam ekonomi.
“Pemerkasaan ekonomi di peringkat daerah dan wilayah akan diperkukuh melalui strategi penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta pemerkasaan sektor ketiga seperti yang digariskan dalam RMK13.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
“Menjelang tahun 2030, Kerajaan menyasarkan peningkatan bilangan syarikat perniagaan inklusif daripada sepuluh kepada 100 buah, peluasan penglibatan kumpulan sasar daripada 417 kepada 5,000 orang, serta peningkatan hasil perolehan koperasi daripada RM68.1 bilion pada 2024 kepada RM100 bilion,” katanya lagi.
Menurutnya, penskalaan PMKS dan pengukuhan ekonomi sosial bukan sahaja bertujuan meningkatkan daya saing negara, malah memastikan pembangunan inklusif yang memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat di semua lapisan masyarakat.
“Keutamaan pelaburan sdan projek pembangunan akan ditentukan melalui pendekatan berasaskan bukti serta impak. Ini selaras dengan dasar dan pelan pembangunan negara, wilayah serta negeri bagi memastikan pulangan maksimum hasil gandingan pelaburan Kerajaan Persekutuan dan negeri
“Penilaian tahap kesediaan projek, kebolehlaksanaan serta prinsip nilai untuk wang akan diberikan perhatian bagi memastikan peruntukan awam dimanfaatkan secara optimum. Projek yang memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat serta merancakkan ekonomi setempat akan diberi keutamaan.
“Pelaksanaan tindakan secara terancang ini dijangka mampu menyumbang kepada pembangunan yang lebih seimbang, sekali gus mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dan memperkukuh kesejahteraan rakyat,” katanya lagi – UMNO Online
RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
You must be logged in to post a comment.