Saka selamatkan maruah Arsenal

Saka selamatkan maruah Arsenal

Saka selamatkan maruah Arsenal
BARISAN pemain Arsenal bergambar bersama trofi. FOTO REUTERS

 

Singapura: Bukayo Saka membantu Arsenal membuka kempen pramusim mereka di Asia dengan kemenangan selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam kemenangan 1-0 ke atas AC Milan.

Gol pemain sayap itu terhasil menerusi hantaran lintang daripada Jakub Kiwior pada minit ke-53 sekali gus menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan pada aksi di Stadium Nasional, Singapura.

Saka yang tidak dikawal berjaya menyudahkan hantaran itu dengan baik apabila meletakkan bola ke penjuru kiri gawang Milan.

Riccardo Calafiori, Ethan Nwaneri, dan Mikel Merino hampir menambah jaringan untuk Arsenal manakala Rafael Leao memberikan sedikit harapan untuk pasukan dari Itali itu.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu akan menentang Newcastle dalam perlawanan pramusim seterusnya dan pasukan Massimiliano Allegri pula akan berdepan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

 

Saka selamatkan maruah Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker