Penyokong Indonesia ‘bikin panas’ pegang Jalur Gemilang terbalik?

Penyokong Indonesia ‘bikin panas’ pegang Jalur Gemilang terbalik?

Penyokong Indonesia 'bikin panas' pegang Jalur Gemilang terbalik?
PENYOKONG Indonesia didakwa memegang Jalur Gemilang dengan keadaan terbalik.

Kuala Lumpur: Tindakan biadap segelintir penyokong Indonesia yang didakwa mengangkat bendera Jalur Gemilang secara terbalik adalah perbuatan tidak boleh dimaafkan dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.

Bukan sahaja FIFA, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) juga perlu menunjukkan contoh yang baik dan ketegasan kerana apa yang dilakukan itu bukan menunjukkan semangat kesukanan, tetapi provokasi sehingga boleh mencetuskan pergaduhan antara dua negara.

Menurut peguam berpengalaman dalam bidang sukan, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, kesalahan itu perlu dipandang serius dan FIFA boleh mengambil tindakan undang-undang seperti yang termaktub dalam peraturan mereka.

Perkara itu mampu menjadi contoh kepada orang ramai selepas ini agar lebih berhati-hati untuk bertindak, terutama melakukan sesuatu perkara yang membabitkan bendera sesebuah negara.

Selain itu, Suhail juga menyatakan sekiranya perkara itu terjadi di Malaysia, sudah pasti individu tidak bertanggungjawab itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut akta yang sudah ditetapkan.

“Pertama, sememangnya sudah wujud peruntukan kesalahan meremehkan bendera negara di bawah undang-undang Malaysia. Harus juga kita ingat, walaupun di negara kita, undang-undang untuk menghormati bendera negara ini bukan sahaja boleh digunapakai untuk bendera Malaysia sahaja, tetapi turut terpakai untuk bendera-bendera negara lain jika ia dihina, tidak kira dalam apa jua situasi.

“Logik awal mengapa wujudnya undang-undang begini adalah untuk menjaga keamanan.

“Antara undang-undang Malaysia yang terpakai adalah seperti Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) yang memperuntukkan perlindungan kepada simbol nasional seperti bendera kita, misalnya. Sesiapa yang melakukan penghinaan ke atas bendera negara kita boleh didapati bersalah di bawah akta ini dengan denda sebanyak RM1,000.

“Akta Kanun Keseksaan juga memberi perlindungan kepada bendera kita yang mana Seksyen 504 di dalam akta tersebut memperuntukkan penjara dua tahun dan denda bagi mereka yang cuba menggugat keamanan negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


“Selain itu, kita juga ada akta yang kontroversi iaitu Akta Hasutan yang boleh digunakan untuk menghukum pesalah sehingga tiga tahun penjara dan denda sehingga RM5,000.00 jika didapati bersalah,” katanya.

Tambahnya, pihak berwajib seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau kerajaan boleh mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia sekiranya perbuatan menghina bendera ini tersebar sehingga ke media umum.

Terdahulu, tersebar satu gambar menunjukkan penyokong Indonesia mengangkat bendera secara terbalik dan ada simbol pangkah di tengah-tengah bendera.

Malah, gambar itu membuat peminat terutama daripada Malaysia sangat marah dengan perbuatan tidak cerdik itu dan berharap FIFA boleh mengambil tindakan tegas serta jangan sesekali memberi muka kepada pesalah.

Penyokong Indonesia ‘bikin panas’ pegang Jalur Gemilang terbalik?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker