Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Kebelakangan ini kecoh di kalangan pemimpin dan ahli UMNO mengenai kemungkinan UMNO akan menerima semula bekas Naib Presiden UMNO yang digantung selama 6 tahun, Hishamuddin Hussien.

Segala-galanya bermula apabila UMNO Bahagian Sembrong mengemukakan usul supaya UMNO mempertimbangkan untuk melepaskan penggantunganbke atas Hishamuddin (H20).

Untuk rekod, ini bukan kali pertama usul tersebut di terima dari UMNO Bahagian Sembrong.

Usul yang sama telah dikemukakan oleh UMNO Sembrong tahun lepas, tetapi telah ditolak.

Kita memahami apabila usul melepaskan penggantungan H2O datangnya dari Sembrong.

Sebagai bekas Ketua Bahagian UMNO Sembrong, sudah tentu H2O mempunyai ramai penyokong setia.

Tetapi untuk UMNO melepaskan penggantungan H2O, ia bukan hanya melibatkan UMNO Bahagian Sembrong sahaja.

Pernahkah H2O Mengemukakan Rayuan Kepada UMNO?

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien

 

Dari pemerhatian penulis melalui carian di internet dan maklumat dalaman UMNO, boleh dirumuskan H2O tidak pernah menulis surat rayuan supaya penggantungan beliau dilepaskan.

Lebih jauh lagi untuk beliau mengaku bersalah atas apa yang telah beliau lakukan selama ini ke atas UMNO.

Malah dalam isu untuk menerima kembali H2O, Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan, secara terbuka menyeru supaya H2O menulis surat rayuan.

“Tulislah surat biar MKT buat keputusan.”

“MKT ada kuasa untuk memendekkan hukuman.”

“Kalau MKT kata ok, ok la.”

“Macam penggantungan keahlian Tajuddin, dia datang minta tolong dengan saya, saya kata tulis surat kepada parti untuk rayuan.”

“Dia tulis surat dan lulus dengan penggantungan ditarik balik, apa masalahnya,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang, Tangkak.

Tidak perlu penulis senaraikan segala onar yang telah H2O lakukan terhadap UMNO sebelum ini.

Keengganan H2O menulis surat rayuan sudah cukup menggambarkan kepada pemimpin dan ahli UMNO betapa besarnya ego H2O.

Apakah hanya kerana almarhum datuk beliau, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar adalah pengasas UMNO, H2O merasakan UMNO berhutang budi dengan beliau selama-lamanya?

Kalau iman tidak dapat diwarisi, apa lagi jasa manusia.

Bukanlah kita mahu UMNO menjadi parti yang melupakan jasa pemimpin.

Tetapi yang berjasa itu bukannya Hishamuddin Hussien, tetapi Dato’ Onn Jaafar.

Mungkinkah usaha H2O mahu kembali kepada UMNO kerana merasakan segala rancangan menunggang UMNO untuk menebuk atap sudah gagal?

Mungkin satu hari nanti pemimpin dan ahli UMNO boleh memaafkan H2O sekiranya beliau boleh buktikan beliau sudah insaf.

Tetapi sejak beliau digantung sejak Januari 2023, pernahkah beliau membuktikannya?

 

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker