APMM siasat operator bot karam di Pulau Perhentian
APMM siasat operator bot karam di Pulau Perhentian

KUALA BERANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan siasatan terperinci membabitkan kejadian bot karam hingga mengorbankan tiga penumpang di perairan Pulau Perhentian, Besut, semalam.
Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca akibat bot itu dipukul ribut dan walau bagaimanapun, kita bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain akan melaksanakan siasatan terperinci.

Katanya, pihaknya juga menghubungi mangsa-mangsa yang terbabit dan kita akan melaksanakan siasatan terperinci dalam pelbagai aspek termasuk melihat dari segi pelayaran bot.
“Selain dari segi muatan dan sebagainya, kita juga hendak memastikan bahawa semua aspek dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dipatuhi oleh operator.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
“Untuk rekod , tahun ini kita juga telah melaksanakan beberapa operasi ke atas operator bot yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengangkutan pelancongan,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam operasi sebelum ini ada operator yang ditahan dan disiasat membabitkan aspek melebihi muatan dan kesalahan dari segi pemantuhan perundangan.
Katanya, kejadian masih dalam siasatan masih dilakukan dan tahun ini ada beberapa kes yang kita ambil berhubung kesalahan yang dilakukan operator bot pelancongan
Beliau berkata, kebiasaannya selepas habisnya Monsun Timur Laut (MTL), aktiviti pelancongan akan giat berlaku, jadi selepas itu kami (APMM) juga akan menggandakan penguatkuasaan untuk memastikan semua pengusaha bot-bot ini mematuhi peraturan yang ditetapkan.
APMM siasat operator bot karam di Pulau Perhentian
You must be logged in to post a comment.