Kehilangan tonggak pertahanan utama punca Vietnam lemau
Kehilangan tonggak pertahanan utama punca Vietnam lemau

Kuala Lumpur: Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik mengakui kehilangan tonggak pertahanan utama di awal babak kedua menjadi punca benteng pasukan menjadi lubuk kekalahan 4-0 kepada Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam tadi.
Menurut Sang-sik, meskipun Vietnam bermula baik pada separuh masa pertama dengan perancangan taktikal berjalan lancar, mereka gagal mengekalkan kestabilan apabila barisan pertahanan mula hilang arah pada babak kedua.
“Kami kehilangan pertahanan. Itu punca utama kekalahan kami. Sistem pertahanan kami benar-benar runtuh dan Malaysia mengambil kesempatan sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Tambah Sang-sik lagi, perubahan tempo permainan dan tekanan berterusan daripada Harimau Malaya menyebabkan pasukannya hilang punca.
“Separuh masa pertama kami bermain seperti yang dirancang, tetapi masuk separuh masa kedua, kami hilang rentak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Jurulatih berusia 48 tahun itu turut memohon maaf kepada penyokong Vietnam yang menonton perlawanan dari rumah, sambil menyifatkan kekalahan ini sebagai satu pengajaran penting buat pasukannya.
“Maaf kepada penyokong Vietnam yang menonton di TV. Kami akan baiki kelemahan ini dan bangkit untuk perlawanan seterusnya,” katanya.
Kekalahan itu menjadi tamparan hebat buat Vietnam yang terpaksa akur dengan empat jaringan berkelas daripada pemain Malaysia iatu Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Dion Cools dan Corbin-Ong.
Kehilangan tonggak pertahanan utama punca Vietnam lemau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.