Wanita ugut, sebar gambar bogel cikgu yang juga madunya direman

Wanita ugut, sebar gambar bogel cikgu yang juga madunya direman

Wanita ugut, sebar gambar bogel cikgu yang juga madunya direman
Seorang ejen pelaburan direman dua hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel guru wanita. – NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Seorang ejen pelaburan direman dua hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel guru wanita yang juga madunya, Mac lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

“Guru terbabit terkejut apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat daripada suspek berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya.

“Berikutan bimbang gambar aibnya tersebar selain suspek sering mengganggu keluarganya, pengadu membuat laporan polis pada 27 Mac lalu,” katanya.

Menurut sumber wanita berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


Sumber berkata, ibu kepada empat anak itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki bagi siasatan kes itu susulan laporan dibuat madunya berusia 47 tahun yang juga guru di sebuah sekolah di Selangor.

Sumber berkata, wanita itu bercuti atas tajaan syarikatnya di Vienna, Austria dan ditahan sejurus tiba di KLIA.

Dalam pada itu peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari.

“Anak guam saya ditahan sejurus tiba di KLIA kira-kira jam 10.15 malam tadi dan dia memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

“Saya membantah permohonan reman selama empat hari oleh pihak polis kerana kes ini hanya membabitkan kes domestik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah


“Alasan polis untuk memohon tempoh reman empat hari termasuk bagi menyiasat sama ada anak guam saya menggunakan akaun media sosial palsu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan suspek, namun tidak mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Wanita ugut, sebar gambar bogel cikgu yang juga madunya direman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker