SPRM ambil keterangan Jovian minggu depan
SPRM ambil keterangan Jovian minggu depan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Jovian Mandagie akan diambil keterangan minggu hadapan di Jakarta, Indonesia.
Difahamkan keterangan akan berlangsung selama dua hari.
Sumber berkata, SPRM sudah membuat temu janji dan menetapkan lokasi untuk mengambil keterangan daripada pereka fesyen berusia 39 tahun itu.
“Pegawai penyiasat akan terbang ke Jakarta minggu hadapan dan berada di sana selama dua hari untuk bertemunya,” katanya kepada BH, hari ini.
Keterangan Jovian diambil di Jakarta kerana bekas suami Nina Sabrina itu dilaporkan kembali menetap di negara berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Sementara itu, berdasarkan semakan BH Online di akaun Instagram (IG), Jovian aktif menguruskan aktiviti fesyen di Jakarta termasuklah baru selesai mengadakan pertunjukan fesyen, semalam.
Bekas suami anak sulung Perdana Menteri Kesembilan itu kembali ke Jakarta selepas mengumumkan penutupan operasi fesyennya tahun lalu.
Bulan lalu, BH melaporkan SPRM belum merakam kenyataan Jovian, susulan siasatan terhadap pemilikan aset membabitkan bekas Perdana Menteri itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, pihaknya akan merakam keterangan Jovian.
Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali hadir di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan mengenai kes rasuah dan pengubahan wang haram.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
Ia membabitkan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Mengulas lanjut, Azam dilapor berkata, siasatan dibuat susulan arahan supaya Ismail Sabri membuat pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.
Bekas Perdana Menteri itu sudah membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu dan SPRM sedang menganalisis sumber perolehan aset berkenaan.
SPRM ambil keterangan Jovian minggu depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.