Chelsea ikat Dario Essugo RM106 juta, sah beraksi di Piala Dunia Kelab
Chelsea ikat Dario Essugo RM106 juta, sah beraksi di Piala Dunia Kelab

London: Chelsea meneruskan misi memperkuatkan skuad apabila mengumumkan kehadiran pemain tengah Portugal, Dario Essugo, dari Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan sebanyak £18 juta (RM106 juta).
Essugo, 20, akan segera menyertai skuad The Blues untuk Piala Dunia Kelab bulan ini di Amerika Syarikat sekali gus memberi tambahan tenaga muda di jentera tengah pasukan.
Pemain muda berbakat itu sebelum ini dipinjamkan ke kelab La Liga, Las Palmas, namun gagal mengelakkan pasukannya daripada tersingkir ke divisyen kedua Sepanyol.
Essugo adalah produk akademi Sporting Lisbon dan mencipta sejarah apabila menjadi pemain termuda dalam sejarah kelab itu beraksi bersama skuad utama ketika berumur hanya 16 tahun, pada Mac 2021.
Chelsea turut mengesahkan bahawa perpindahan Geovany Quenda turut dimeterai sejak Mac lalu, namun pemain itu hanya akan menyertai kelab pada musim 2026/2027 selepas kekal bersama Sporting sehingga tamat musim akan datang dalam urusan bernilai £44 juta (RM259 juta).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Dalam masa sama, Chelsea kini semakin hampir menyelesaikan pembelian penyerang muda Ipswich, Liam Delap, dengan nilai dijangka mencecah £30 juta (RM176 juta) dalam tempoh terdekat.
Chelsea ikat Dario Essugo RM106 juta, sah beraksi di Piala Dunia Kelab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.