Amerika Syarikat ‘bergegar’, Piala Dunia Kelab Fifa bernilai RM4.7 Bilion bakal buka tirai
Amerika Syarikat ‘bergegar’, Piala Dunia Kelab Fifa bernilai RM4.7 Bilion bakal buka tirai

New York: Usaha mega Fifa untuk merombak saingan kelab dunia bakal bermula 15 Jun ini di Amerika Syarikat (AS) dengan hadiah lumayan dan aksi 32 pasukan namun sambutan suam-suam kuku mencetuskan tanda tanya menjelang kejohanan sulung Piala Dunia Kelab edisi baharu itu.
Kejohanan yang dianggap ‘pemanas badan’ menjelang Piala Dunia 2026 itu bakal berlangsung di 12 stadium sekitar Amerika Syarikat termasuk Stadium Hard Rock, Miami iaitu venue perlawanan pembukaan antara Inter Miami yang diketuai Lionel Messi dan kelab Arab Saudi, Al Ahly.
Bagaimanapun, tinjauan di laman web rasmi Fifa mendapati tiket masih banyak belum terjual, termasuk untuk aksi final di Stadium MetLife, New Jersey pada 13 Julai.
Kemunculan Messi jadi tarikan utama, namun kehadiran Inter Miami juga mencetuskan kontroversi kerana kelab itu layak hanya selepas menduduki tangga teratas musim biasa MLS, walaupun tewas seawal pusingan pertama playoff.
Keputusan Fifa itu dikecam kerana dianggap lebih mementingkan populariti berbanding prestasi sebenar, apatah lagi kelab elit seperti Liverpool, Barcelona dan Napoli iaitu juara liga utama Eropah langsung tidak tersenarai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Turut mencetuskan kekecohan ialah penyingkiran juara Liga Juara-Juara CONCACAF 2023, Club Leon, gara-gara isu pemilikan bersama. Tempat mereka diambil alih oleh Los Angeles FC.
Menariknya, Fifa berjaya memuktamadkan perjanjian hak penyiaran bernilai AS$1 bilion (RM4.7 bilion) dengan platform sukan DAZN hanya enam bulan sebelum sepak mula.
Jumlah keseluruhan hadiah ditawarkan mencecah AS$1 bilion (RM4.7 bilion), dengan juara bakal meraih sehingga AS$125 juta (RM587 juta) iaitu lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan yang diraih PSG dalam 17 perlawanan Liga Juara-Juara musim lalu.
Namun begitu, ganjaran besar ini tidak mampu meredakan isu berbangkit seperti kesihatan pemain, apabila FIFPro, kesatuan pemain antarabangsa, mengambil tindakan undang-undang terhadap Fifa kerana memadatkan lagi jadual musim kompetitif.
Selepas dikecam gara-gara keadaan padang buruk dalam Copa America tahun lalu, Fifa beri jaminan bahawa semua stadium NFL yang digunakan kali ini akan gunakan rumput semula jadi dan ikut ukuran piawaian FIFA (105m x 68m).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
Kejohanan ini membariskan kelab gergasi dunia seperti Real Madrid, Bayern Munich dan Manchester City. PSG pula tampak dalam prestasi terbaik selepas membenam Inter Milan 5-0 dalam final Liga Juara-Juara Sabtu lalu.
Namun PSG harus berdepan cabaran getir dalam Kumpulan B bersama Botafogo (juara Brazil), Seattle Sounders (juara CONCACAF 2024) dan Atletico Madrid.
Amerika Syarikat ‘bergegar’, Piala Dunia Kelab Fifa bernilai RM4.7 Bilion bakal buka tirai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.