Main Liga Super jer la MU, bagi Asean All-Star beraksi di EPL
Main Liga Super jer la MU, bagi Asean All-Star beraksi di EPL

Kuala Lumpur: Belum sempat musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula, pemain dan penyokong Manchester United sudah ‘dibasuh’ cukup-cukup oleh netizen susulan kekalahan memalukan 0-1 kepada pasukan Asean All-Star dalam aksi Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Walaupun dibarisi pemain bintang seperti Bruno Fernandes, Harry Maguire dan Casemiro, skuad Red Devils tetap kecundang di tangan kombinasi pemain Asia Tenggara yang rata-rata hanya beraksi dalam liga tempatan masing-masing.
Kekalahan itu mencetuskan pelbagai reaksi sinis netizen yang membanjiri media sosial dengan pelbagai sindiran pedas.
“EPL tak ada piala, Eropah pun tak dapat piala. Ingat datang ASEAN boleh la angkat piala… kalah jugak. Malang sungguh,” tulis seorang pengguna, Noor Husaini yang turut menyertakan emoji ketawa.
“Malu kelab EPL kalah dengan ASEAN All-Star. Kekalahan ni akan dibawa sampai ke penyokong EPL seluruh Eropah,” tambah Nazri Adnan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Malah, ada yang menyarankan United supaya ‘turun pangkat’ sahaja ke liga tempatan.
“Elok team ASEAN je la main kat EPL… MU pergi main Liga Super je la,” usik seorang netizen, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman dengan nada menyindir.
Tak kurang juga yang menyentuh mengenai ‘koleksi piala’ kelab itu.
“Sabar penyokong MU… banyak lagi piala bank yang ada. Mungkin boleh try: 1. Public Bank, 2. Bank Rakyat, 3. Agro Bank, 4. CIMB, 5. Bank Pertanian. Paling tidak cuba pinjaman wang berlesen,” tulis pemilik akaun, Mohd Nazro Hissam yang mengaku sebagai penyokong setia Liverpool.
Kekalahan ini sekali lagi membuka persoalan mengenai hala tuju pasukan kendalian Ruben Amorim yang masih tercari-cari rentak dan keyakinan.
Main Liga Super jer la MU, bagi Asean All-Star beraksi di EPL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.