Laut biru bertukar keruh

Laut biru bertukar keruh

Laut biru bertukar keruh
AIR laut dekat sebuah hotel menjadi keruh di Benalmadena. – Foto Getty Images/SOLARPIX.COM

MADRID – Sebilangan pelancong terkejut apabila melihat sebahagian air laut berhampiran pantai bertukar keruh dekat Hotel Spa Benalmadena Palace, Sepanyol, lapor laman berita MailOnline semalam.

Pengawal-pengawal penyelamat meminta orang ramai menjauhi air yang keruh ketika sekumpulan pengunjung pantai cuba melihatnya dengan lebih dekat.

Pihak berkuasa Dewan Perbandaran menaikkan amaran bendera kuning sejurus selepas tengah hari kelmarin, selepas insiden tersebut.

Pegawai berkata, kejadian itu berpunca daripada paip air bertekanan tinggi yang pecah, menyebabkan ia menghanyutkan lumpur dan mendapan ke dalam laut.

Mereka menegaskan bahawa tiada pencemaran atau bahaya kepada kesihatan awam selepas paip itu pecah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP


Dewan Perbandaran Benalmadena berkata dalam satu kenyataan: “Firma air awam, Acosol melaporkan kejadian itu yang berlaku sekitar tengah hari kelmarin dalam rangkaian bekalan air minumannya.

“Selepas mengesan kejadian itu, kebocoran air segera dihentikan sebelum kesan kejadian dikaji dan kerja pembaikan dimulakan.”- AGENSI

Laut biru bertukar keruh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker