Warga asing maut dikelar rakan serumah
Warga asing maut dikelar rakan serumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki membunuh rakan serumahnya dengan mengelar leher mangsa di sebuah asrama pekerja di Jalan SS14, Subang Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.
Suspek berusia 29 tahun ditahan kira-kira jam 8.15 pagi tadi, kurang dua jam selepas pembunuhan berlaku, berhampiran tempat kejadian.
Polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam pembunuhan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, berkata mangsa dalam kejadian itu adalah seorang lelaki warga asing berusia 28 tahun, yang juga rakan serumah suspek.
Katanya, laporan berhubung kejadian itu diterima jam 6.29 pagi oleh seorang lelaki tempatan yang juga majikan mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Siasatan mendapati tempat kejadian ialah sebuah rumah yang dijadikan asrama didiami empat pekerja warga asing dan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Majikan memaklumkan pekerjanya itu akan dihantar untuk bekerja ke mana-mana syarikat yang menjalankan perkhidmatan mencuci bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Farus berkata, ujian air kencing terhadap suspek menunjukkan keputusan negatif dan motif pembunuhan masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Warga asing maut dikelar rakan serumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
You must be logged in to post a comment.