Suspek tak sempat joli, dicekup orang awam 500 meter dari kedai disamun
Suspek tak sempat joli, dicekup orang awam 500 meter dari kedai disamun

MELAKA: Seorang lelaki ditahan sebelum sempat berjoli selepas menyamun lima rantai emas dari sebuah kedai di Jalan Bunga Raya, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 31 tahun yang bersenjatakan tukul itu dicekup orang awam kira-kira 200 meter dari kedai yang disamunnya, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mengesahkan tangkapan semula dilakukan pihaknya selepas suspek ditahan orang awam ketika cuba melarikan diri ke arah jambatan di Sungai Melaka.
“Semasa tangkapan semula suspek dalam keadaan cedera pada kedua-dua kaki, tangan dan kepala.
“Hasil tangkapan polis merampas barang kes iaitu lima rantai emas, sehelai baju T, baju sejuk, seluar panjang dan tukul besi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Suspek dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Balai Polis Melaka Tengah untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Christopher memaklumkan warga emas berusia 70 tahun yang juga isteri pemilik kedai yang disamun turut cedera dalam kejadian itu dan dirawat di zon merah hospital sama, namun keadaannya stabil.
Seorang lelaki ditahan sebelum sempat berjoli selepas menyamun lima
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.