Salamiah Hassan Tak Terfikir Cari Pengganti
Mahu Jumpa Arwah Suami Di Syurga “Pada Saya, Ini Adalah Cinta Sejati.”
Salamiah Hassan Tak Terfikir Cari Pengganti
Selepas pemergian suami tercinta tiga tahu lalu, Gery Hughes, penyanyi legenda Salamiah Hassan setakat ini tidak berhasrat untuk mencari pengganti.
Sebaliknya, Salamiah berharap agar dia dapat dipertemukan semula dengan arwah suami di syurga kelak.
“Saya tiada masa untuk dikejar. Saya mahu berjumpa dengan arwah suami di syurga jika diizinkan Allah. Arwah suami seorang insan yang sangat baik. Dia sudah membaca Al-Quran sebanyak dua kali dan dia lebih tahu daripada saya.
“Ketika kami mula berkenalan 20 tahun lalu, benda pertama yang saya bagi adalah Al-Quran beserta terjemahan. Di bibirnya sentiasa ucap ‘Assalamualaikum’.
“Hidup ini bukan mudah. Allah sudah beri apa yang saya mahu tapi hanya dua bulan sahaja. Saya kena terima hakikat ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Takkan saya nak persoal takdir Allah pula. Ada sebab mengapa ini terjadi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Gelombang ini berkata sedemikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Gelombang Bahagiaku di Pusat Konvenyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Masih Simpan Mesej Suara
“Salamiah Hassan Tak Terfikir Cari Pengganti, Mahu Jumpa Arwah Suami Di Syurga – “Pada Saya, Ini Adalah Cinta Sejati.” “Salamiah Hassan Tak Terfikir Cari Pengganti, Mahu Jumpa Arwah Suami Di Syurga – “Pada Saya, Ini Adalah Cinta Sejati.”
Katanya lagi, dia masih menyimpan mesej suara daripada arwah suami dan akan mendengarnya semula bila hati terasa rindu.
“Saya ada simpan mesej suara arwah di dalam telefon. Ada satu ketika saya nak padam tapi saya bimbang tidak akan mendengar suaranya lagi.
“Bila saya sangat rindu pada arwah, saya akan dengar suaranya selepas solat. Antara mesej-mesejnya adalah ‘I love you’, ‘where are you’ dan ‘assalamualaikum’,” katanya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada penyanyi Atilia Haron ini menyifatkan ikatan bersama suami sebagai cinta sejati.
“Saya berkahwin dengan arwah bukan kerana fizikal. Ketika berkahwin, kansernya sudah merebak ke paru-paru, prostat dan lain-lain. Pada saya, ini adalah cinta sejati.
“Saya bersyukur dapat pegang tangan arwah dan berjalan menemaninya ke hospital untuk jalani rawatan kemoterapi hampir setiap hari selepas berkahwin.
“Arwah suka menonton rancangan Mr. Bean sebelum ambil ‘morphine’ tapi kini saya tak boleh nak menontonnya lagi. Ini momen paling mahal yang dapat saya pelajari,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Salamiah mendirikan rumah tangga bersama Gerry pada 1 September 2022 di sebuah majlis di Tasmania, Australia dan Allahyarham meninggal dunia akibat kanser dua bulan selepas itu.
Dalam perkembangan lain, Salamiah bakal mengadakan persembahan istimewa bersama anaknya, Atilia Haron menerusi Konsert Gelombang Bahagiaku di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 16 Ogos ini.
Salamiah Hassan Tak Terfikir Cari Pengganti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.