Postecoglou berang digelar badut, tekad bawa Spurs julang trofi
Postecoglou berang digelar badut, tekad bawa Spurs julang trofi

Bilbao: Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, menepis keras spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab itu menjelang final Liga Europa bertemu Manchester United, malah membidas kenyataan media yang menyamakannya dengan ‘badut’.
Spurs kini memburu trofi Eropah pertama dalam tempoh 41 tahun dan trofi pertama sejak 2008 misi besar buat pasukan yang mencatat prestasi liga paling teruk dalam hampir lima dekad.
“Masa depan saya terjamin. Saya takkan jadi orang pertama yang tukar kerja,” kata Postecoglou dengan nada tegas dalam sidang media.
“Saya ada keluarga yang bahagia, hidup yang baik. Jangan buang masa fikir mengenai kerja saya.”
Tottenham kali terakhir menjulang trofi Eropah pada 1984 menerusi Piala UEFA, manakala trofi domestik terakhir mereka adalah Piala Liga 2008.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Apa pun yang berlaku selepas esok tidak sepenting peluang yang kami ada ketika ini. Dah lama Spurs tak menang trofi.
“Kalau saya terlalu risau tentang masa depan saya di kelab ini, sudah tentu saya takkan capai tahap ini. Saya akan terlalu terganggu dengan perkara remeh.”
Beliau turut menafikan pernah berbincang isu masa depan bersama pemain dan naik angin apabila ditanya mengenai satu artikel yang menyamakannya sebagai ‘wira atau badut’.
“Saya bukan badut. Saya akan terus menang trofi sehingga ke penghujung kerjaya saya,” tegasnya.
Postecoglou turut mengakui kemenangan ke atas United bukan sahaja akan menjulang maruah kelab, malah boleh menjadi pemangkin untuk mengekalkan kedudukannya.
Postecoglou berang digelar badut, tekad bawa Spurs julang trofi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.