Rory McIlroy tukar kayu pemukul di Kejohanan PGA selepas gagal ujian USGA
Rory McIlroy tukar kayu pemukul di Kejohanan PGA selepas gagal ujian USGA

Charlotte (Amerika Syarikat): Bintang golf terkemuka dunia, Rory McIlroy, dilaporkan terpaksa membuat pertukaran kayu pemukul (driver) utamanya di Kejohanan PGA selepas peralatan tersebut didapati tidak mematuhi peraturan dalam ujian yang dijalankan di Quail Hollow.
Menurut satu laporan stesen radio Sirius XM PGA Tour Radio, insiden itu selepas Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA) mendapati driver yang lazim digunakan oleh McIlroy tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, berikutan ujian yang dilakukan pada Selasa lalu.
McIlroy, pemain ranking kedua dunia yang baru sahaja menjuarai Kejohanan Masters bulan lalu sekali gus melengkapkan ‘Career Grand Slam’, terpaksa akur dengan keputusan terbabit dan menggunakan driver gantian untuk meneruskan saingan.
Implikasi daripada pertukaran itu dilihat menjejaskan prestasi McIlroy, yang walaupun mendahului Jelajah PGA dari segi purata pukulan (strokes gained) menggunakan driver, mencatatkan statistik ketepatan pukulan fairway yang rendah. Beliau dilaporkan hanya berjaya menemui 10 fairway dalam dua pusingan pertama kejohanan.
Keputusan ujian ke atas peralatan pemain lazimnya dirahsiakan. Proses ujian itu membabitkan aspek kelenturan permukaan driver, dan bukan sesuatu yang luar biasa untuk peralatan yang pada mulanya mematuhi peraturan, gagal dalam ujian berikutnya disebabkan faktor penggunaan dan kehausan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Sehingga kini, McIlroy memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media selepas tamat dua pusingan pertama di Quail Hollow, sebuah lapangan golf di mana dia pernah merangkul empat kejuaraan dalam acara Jelajah PGA.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kejohanan PGA Amerika, Kerry Haigh, dalam satu kenyataan rasmi, mengesahkan bahawa pihak USGA dijemput untuk menjalankan ujian peralatan di Kejohanan PGA atas permintaan PGA Amerika.
Rory McIlroy tukar kayu pemukul di Kejohanan PGA selepas gagal ujian USGA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.