Abang Siti Jamumall Sedih, Netizen Minta Tinggal Berasingan Dengan Adik [VIDEO]
‘Saya Tak Berniat Nak Susahkan Sesiapa’
Abang Siti Jamumall Sedih, Netizen Minta Tinggal Berasingan Dengan Adik [VIDEO]
Abang kepada usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall iaitu Abiejam dihujani dengan pelbagai komen negatif daripada warganet.
Tak berniat
@abiejam Replying to @MimiESyEra
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Abiejam berkongsi komen salah seorang warganet tentang keakraban dirinya dan Siti.
Mungkin abang Siti selesa dengannya sebab dia adik perempuan, kalau adik lelaki tak selesa sebab ada adik ipar perempuan.
Abiejam atau nama lengkapnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin berkata, dia sangat rapat dengan Siti dan sama sekali tidak berniat untuk menyusahkannya sepanjang mereka tinggal bersama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Saya tak berniat nak susahkan sesiapa dan saya juga tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang OKU (orang kelainan upaya) yang tidak boleh bergerak.
Saya sudah cuba untuk survive sendiri tapi saya rapat dengan Siti.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami keadaan fizikal yang dialami Abiejam dan memuji keikhlasan Siti yang sentiasa menjaga abangnya.
Bagaimanapun, masih ada segelintir warganet yang menasihati Abiejam supaya tinggal di kediaman berasingan dengan Siti.
Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Sebelum ini, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok Abiejam
Abang Siti Jamumall Sedih, Netizen Minta Tinggal Berasingan Dengan Adik [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.