Suami Pamela, Thomas Hah ditahan bantu siasatan
Suami Pamela, Thomas Hah ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR – Suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lalu ditahan polis, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, penahanan Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu itu dibuat di sekitar ibu negara awal pagi tadi.
“(Suami kepada Pamela) ditahan untuk membantu siasatan. Polis telah membuat permohonan reman di Mahkamah Putrajaya, namun ditolak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai tangkapan membabitkan individu lain, Rusdi berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sekitar pukul 1.30 tengah hari hingga 2.10.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suami kepada wanita terbabit adalah suspek selain beberapa individu lain.
SPRM mengesahkan bahawa Pamela dan suaminya, Thomas Hah sedang berhadapan siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram sejak Mei tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Suami Pamela, Thomas Hah ditahan bantu siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.