Pedersen pertahan jersi merah jambu

Pedersen pertahan jersi merah jambu

Pedersen pertahan jersi merah jambu
PEDERSEN kekalkan jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan. -FOTO Reuters

Matera, Itali: Daya pecutan luar biasa Mads Pedersen ke garisan penamat membolehkan dia meraih kemenangan peringkat ketiganya dalam saingan Giro d’Italia sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan.

Pelumba Denmark dari pasukan Lidl-Trek itu berjaya mengatasi Edoardo Zambanini dan Tom Pidcock ketika menamatkan perlumbaan peringkat kelima di bandar, Matera.

Daripada tiga kemenangannya setakat ini, kemenangan kali ini adalah yang paling sukar buat Pedersen selepas dia tercicir daripada kumpulan hadapan yang diketuai rakan sepasukannya, Mathias Vacek, dua kilometer sebelum garisan penamat.

Dengan menyarung jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan, Pedersen bangkit semula menyertai kelompok utama ketika laluan berliku-liku melalui jalan-jalan sempit bandar yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem James Bond “No Time to Die”.

Di satu kilometer terakhir, dia mengetuai trio bersama Zambanini dan Pidcock menuju ke garisan penamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah


“20 kilometer terakhir sangatlah memeritkan, saya benar-benar bergelut di pendakian terakhir itu.

“Saya sudah tertinggal di belakang, tetapi saya tahu masih ada peluang. Saya sangat letih mengejar Mathias dari belakang. Syukur, saya masih ada sedikit tenaga untuk memenangi pecutan itu,” kata Pedersen.

Kejayaan terbaharunya ini hadir hanya beberapa jam selepas dia mengumumkan akan terus bersama pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat itu sehingga akhir kariernya.

Pedersen pertahan jersi merah jambu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker