Mawi sudah menunjukkan tanda positif – Mohd Fikri

Mawi sudah menunjukkan tanda positif – Mohd Fikri

Mawi sudah menunjukkan tanda positif - Mohd Fikri
PRESIDEN Persatuan Hoki Terengganu, Mohd Fikri Harun melawat Mohd Asmawi Zaidi di HTAA, kelmarin. -FOTO PHT

Kuala Terengganu: “Mawi (Mohamad Asmawi Zaidi) sudah menunjukkan tanda-tanda positif, Insya-Allah kita doakan dia kembali normal,” ujar Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohd Fikri Harun.

Beliau berkata demikian selepas bercakap dengan pegawai perubatan di Wad Dahlia, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kelmarin.

Terdahulu Mohamad Asmawi yang juga bekas pemain hoki remaja kebangsaan dan Terengganu dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad lalu selepas dikatakan kurang siuman dengan merayau dan meracau di kawasan Taman Kerang, Kuantan, sejak sebulan lalu.

“Hasil perbualan, pegawai perubatan di hospital berkenaan memaklumkan Mawi sudah menunjukkan sedikit tanda-tanda positif berbanding hari pertama dan kedua.

“Keluarga Mawi juga sudah dibenarkan untuk berhubung dengannya sebagai tanda sokongan bagi memulihkan keadaannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mungkin selepas menerima rawatan pemulihan dia menunjukkan reaksi positif itu, tapi pegawai perubatan di hospital berkenaan sentiasa memantau perkembangannya.

“Pada masa sama kita mohon doa agar Mawi kembali pulih seperti biasa sekali gus mampu menjalani kehidupan normal berbanding tidak terurus sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video dalam laman sosial Tik Tok yang memaparkan seorang lelaki merayau dan meracau dengan berkaki ayam tanpa baju bagaikan orang kurang siuman di beberapa kawasan.

Selepas membaca dalam ruangan komen, lelaki berusia 36 tahun itu adalah bekas penjaga gol utama pasukan remaja kebangsaan dan Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu yang menetap di Kampung Ibok, Kemaman.

Mawi sudah menunjukkan tanda positif – Mohd Fikri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker