Ferrari dibayangi Piastri dan McLaren di litar sendiri

Ferrari dibayangi Piastri dan McLaren di litar sendiri

Ferrari dibayangi Piastri dan McLaren di litar sendiri
PIASTRI bersama McLaren semakin gah dalam kedudukan carta pelumba. -FOTO AFP

Imola, Itali: Oscar Piastri akan turun ke Grand Prix Emilia Romagna hujung minggu ini dengan berbekalkan momentum tiga kemenangan berturut-turut, dalam usahanya mengukuhkan cabaran merebut kejuaraan dunia pemandu Formula Satu (F1).

Namun tumpuan bukan sahaja terarah kepada penguasaan McLaren dan juara bertahan Red Bull, Max Verstappen, tetapi juga kepada prestasi hambar Ferrari.

Selepas enam perlumbaan tanpa keputusan memberangsangkan, pasukan Itali itu bersama bintang baharu mereka, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, tampil buat kali pertama di hadapan penyokong setia ‘tifosi’ di tanah air, di Autodromo Enzo e Dino Ferrari.

Bagi Hamilton dan rakan sepasukan, Charles Leclerc, permulaan musim ini amat mengecewakan. Hamilton khususnya bergelut untuk mencari rentak dan kelajuan sebenar dalam jentera Ferrari, dan pasukan itu menjanjikan satu siri peningkatan untuk menangani masalah SF25.

Hamilton pernah mencipta kemenangan dalam perlumbaan pecut di Shanghai, namun masih belum meraih sebarang podium dalam Grand Prix bersama Ferrari. Kini, pasukan Maranello itu sudah pun ketinggalan 152 mata di belakang McLaren yang dipacu Piastri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah


Di Miami, Hamilton dan Leclerc hanya mampu bersaing merebut tempat ketujuh.

“Bagi saya, musim ini kami mencuba arah yang agak ekstrem dari segi tetapan jentera bagi mengeluarkan potensi sebenar kereta.

“Memang sukar untuk membandingkan tetapan antara pemandu bagi menjelaskan perbezaan prestasi,” kata Leclerc, yang memasuki musim ketujuh bersama Ferrari.

Bagi Hamilton pula, pengalaman bersama Ferrari setakat ini amat mencabar.

Malah, minggu ini dia memilih untuk menjauhkan diri daripada gangguan media sosial dengan berhenti mengikuti semua akaun di Instagram, platform yang mempunyai hampir 40 juta pengikutnya.

Ferrari dibayangi Piastri dan McLaren di litar sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker