Dua individu ditahan, peras ugut Heung-min
Dua individu ditahan, peras ugut Heung-min

Seoul: Dua individu ditahan kerana didakwa memeras ugut kapten Tottenham Hotspur dan Korea Selatan, Son Heung-min.
Jurucakap Agensi Polis Kebangsaan Korea memaklumkan kepada AFP bahawa suspek yang ditahan ialah seorang wanita berusia 20-an dan seorang lelaki berusia 40-an.
Menurut agensi berita Yonhap, kedua-dua suspek didakwa cuba memeras wang daripada penyerang berusia 32 tahun itu dengan mendakwa secara palsu bahawa wanita terbabit sedang mengandungkan anak Son.
Agensi pengurusan pemain itu, Son & Football Limited, berkata mereka sudah membuat laporan polis kerana memeras ugut dan akan mengambil “tindakan undang-undang tegas tanpa sebarang tolak ansur”.
“Kedua-dua suspek mengugut pemain itu dengan mengancam untuk menyebarkan maklumat palsu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
“Kami ingin menegaskan bahawa Son Heung-min adalah mangsa sebenar dalam kes ini,” tambah kenyataan itu.
Son baru-baru ini berikrar untuk “menyempurnakan” kariernya di Tottenham dengan memimpin pasukan yang bergelut itu memburu kejuaraan Liga Europa dalam perlawanan akhir menentang Manchester United pada 21 Mei ini.
Sepanjang 10 musim bersama Spurs, Son menjaringkan 173 gol dalam 451 penampilan, namun berdepan tekanan pada musim ini susulan beberapa aksi hambar.
Dua individu ditahan, peras ugut Heung-min
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.