Biawak makan bayi dibuang ibu
Biawak makan bayi dibuang ibu

BANGKOK – Penduduk di wilayah Samut Prakan, tengah Thailand terkejut melihat seekor biawak gergasi memakan mayat seorang bayi yang ditinggalkan oleh ibunya, lapor portal berita Thaiger semalam.
Penemuan itu berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di kejiranan Soi King Kaew Phli 28 dekat daerah Bangmut Phli 28.
Penduduk tempatan segera menghubungi pasukan penyelamat dan memberitahu, biawak itu bergerak sambil menggigit badan bayi tersebut.
Kepala dan badan mangsa ditemukan di tempat berasingan. Haiwan itu meninggalkan kepala mangsa di sebatang jalan, manakala badannya disembunyikan di bawah sebuah kediaman.
Salah seorang anggota penyelamat, Thanathorn Saelim berkata, pasukannya cuba mendapatkan semula badan mangsa tetapi gagal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
“Hanya kepala sahaja yang ditemui. Jantina bayi juga tidak dapat dikenal pasti.
“Bayi itu dipercayai baru meninggal dunia kerana tiada bau busuk di tempat kejadian,” tambah Saelim.
Cebisan mayat yang ditemui dibawa ke Institut Perubatan Chakri Naruebodindra untuk bedah siasat.
Pasukan penyelamat berharap pemeriksaan perubatan akan menentukan sama ada bayi itu mati sebelum dimakan biawak itu. – AGENSI
Biawak makan bayi dibuang ibu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.