3 warga Thailand antara 4 ditahan masuk Malaysia melalui laluan haram
3 warga Thailand antara 4 ditahan masuk Malaysia melalui laluan haram

RANTAU PANJANG: Empat termasuk tiga warga Thailand ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana memasuki negara ini melalui laluan haram di sini semalam.
Komander PGA Briged Utara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata empat individu itu membabitkan masing-masing dua lelaki dan wanita ditahan di pangkalan haram Tok Awang Belulang kira-kira jam 3.15 petang.
Beliau berkata, mereka ditahan sepasukan anggota Batalion 18 PGA ketika melakukan rondaan rutin di bawah Op Taring Wawasan Kelantan.
“Empat individu terbabit ditahan selepas ditinggalkan di tepi sungai oleh operator bot yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya.
“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu dipercayai menjadi orang tengah kepada tiga warga Thailand yang ditahan.
“Semua tiga warga asing berkenaan didapati masuk ke negara ini melalui laluan haram tanpa dokumen sepatutnya,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata, warga tempatan terbabit ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63, manakala tiga warga Thailand ditahan mengikut Seksyen 6(1) akta sama.
Beliau berkata, semua empat yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
“Dua daripada suspek lelaki turut didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Usaha penguatkuasaan di sempadan dipergiat sejak 1 Disember tahun lalu, berikutan larangan dikuatkuasakan polis terhadap lintasan sempadan dalam usaha mengekang penyeludupan, penyeludupan manusia dan aktiviti berkaitan dadah di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
3 warga Thailand antara 4 ditahan masuk Malaysia melalui laluan haram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
You must be logged in to post a comment.