13 rumah, 4 kedai rosak di Hulu Langat dilanda ribut

13 rumah, 4 kedai rosak di Hulu Langat dilanda ribut

13 rumah, 4 kedai rosak di Hulu Langat dilanda ribut
Pokok tumbang dan rumah rosak dalam kejadian ribut di Hulu Langat.

Hulu Langat: Sekurang-kurangnya 13 rumah dan empat kedai membabitkan beberapa kampung di daerah ini mengalami kerosakan akibat ribut petang tadi.

Ketua Kampung Kampung Batu 16, Dusun Tua, Md Gadapi Ahmad Harmain berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang selepas hujan lebat melanda kawasan terbabit.

Menurutnya, enam rumah rosak membabitkan Kampung Batu 16, Dusun Tua dan Kampung Kenanga.

“Di Taman Desa Sentosa pula dua rumah terbabit, disusuli tiga rumah di Kampung Bukit Kundang, manakala di Kampung Tengah membabitkan dua rumah dan empat kedai mengalami kerosakan.

“Sementara itu, kira-kira 10 pokok tumbang dalam kejadian ribut petang tadi,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah


Beliau berkata, mangsa yang mengalami kerosakan rumah ada yang menumpang di rumah jiran sementara waktu.

“Kita sedang membuat bancian bagi mengetahui jumlah sebenar mangsa yang terjejas,” katanya.

13 rumah, 4 kedai rosak di Hulu Langat dilanda ribut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker