Warga emas rugi RM1.8 juta terpedaya pelaburan dalam talian

Warga emas rugi RM1.8 juta terpedaya pelaburan dalam talian

Warga emas rugi RM1.8 juta terpedaya pelaburan dalam talian

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang juga pemilik sebuah syarikat kerugian RM1.8 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 66 tahun itu membuat laporan polis semalam, selepas menyedari dirinya ditipu.

Lelaki itu tertarik dengan iklan pelaburan dalam laman sosial pada Oktober tahun lalu, yang menawarkan pulangan tinggi dalam masa singkat.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa telah menekan pautan diberikan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum ditawarkan keuntungan 200 peratus daripada jumlah pelaburan dalam masa tiga bulan.

“Percaya dengan keuntungan segera yang dijanjikan, antara November 2024 hingga Januari lalu, mangsa membuat pembayaran berjumlah RM1.8 juta ke beberapa akaun bank seperti diarahkan suspek,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Menurut beliau, mangsa turut mengikut arahan suspek untuk memuat turun aplikasi dan mendaftar akaun bagi memantau pelaburannya.

Katanya, sehingga kini, mangsa tidak menerima sebarang pulangan atas pelaburannya dan suspek memberi pelbagai alasan.

“Suspek gagal dihubungi, malah akses ke aplikasi itu juga telah disekat membuatkan mangsa menyedari dia telah ditipu,” katanya.

Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan di media sosial atas dalam talian yang menjanjikan pulangan menarik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


“Buat semakan dengan agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.

“Orang ramai juga digalakkan mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi jenayah komersial melalui media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Facebook, Instagram dan TikTok,” katanya.

Warga emas rugi RM1.8 juta terpedaya pelaburan dalam talian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker