Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

 

Pesan orang lama dalam politik, untuk jadi ahli politik, apatah lagi kalau mahu jadi pemimpin politik, telinga mesti tebal, barulah jiwa kental.

Istilah merajuk macam baby tak dapat susu, tidak boleh ada dalam kamus seorang ahli politik.

Kecoh satu Malaya yang kononnya Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR letak jawatan.

Keadaan ini memaksa Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, memberikan penjelasan.

Menurut Anwar, Rafizi sebenarnya bukan meletak jawatan, tetapi bercuti.

Timbul pula spekulasi, Rafizi bercuti kerana merajuk bila ramai orang kuat beliau tumbang dalam pemilihan Ketua Cabang PKR.

Bagi penulis, berita mengenai Rafizi merajuk, bukanlah satu berita yang pelik atau luarbiasa.

Ini bukan kali pertama Rafizi merajuk bila apa yang beliau hajatkan tidak kesampaian.

Kali pertama dalam koleksi merajuk Rafizi bila beliau kalah dalam pemilihan parti PKR pada tahun 2018.

Ketika itu beliau tewas  kepada Azmin Ali dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Pada tahun 2019, Rafizi pernah merajuk.

Hanya kerana tidak ramai pemimpin PH ucapkan tahniah apabila beliau dibebaskan dari hukuman penjara 30 bulan.

Mungkin ketika itu Rafizi harapkan agar beliau disambut sebagai wira.

Paling tidak pun, ahli PKR akan berduyun-duyun meraikan beliau di perkarangan mahkamah.

Lagi cantik kalau beribu ahli PKR berhimpun di perkarangan mahkamah seperti ketika Anwar mendapat pengampunan.

Tapi macam baby merajuk tak dapat susu.

Bila diberi susu, akan disedut dengan rakus, nyot, nyot, nyot…

Terkini, sekali lagi Rafizi merajuk.

Dan antara faktor yang dipercayai menjadi puncanya adalah kerana pemimpin yang pro beliau tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR.

Persoalannya adalah, sampai bila Rafizi mahu bersikap seperti budak hingusan dalam politik.

Beliau adalah Timbalan Presiden bagi sebuah parti yang menerajui kerajaan.

Strategi Sama Seperti Dr Mahathir

 

Tetapi tidak boleh ditolak kemungkinan ini adalah strategi politik Rafizi.

Bila merasakan sokongan beliau dalam PKR sudah lemah, terpaksalah beliau menggunakan taktik meraih simpati.

Strategi yang sama digunakan Dr Mahathir terhadap UMNO.

Bila kepimpinan UMNO enggan menurut kehendak beliau, merajuk dan keluar dari UMNO untuk meraih simpati.

Jadi, sampai bila PKR mahu pemimpin sepert Rafizi.

Sikit sikit, merajuk.

Biar lembut, jangan lembik bro…

 

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker