Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Pada 6 Januari 2025, Mahkamah Rayuan melalui keputusan majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan DS Najib ke mahkamah tinggi untuk didengar berdasarkan merit kes.
Keputusan berkenaan membatalkan keputusan terdahulu mahkamah tinggi.
Sebelum itu, mahkamah tinggi menolak permohonan DS Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berkaitan dokumen tambahan tersebut.
Dalam perbicaraan di mahkamah tinggi, permohonan DS Najib telah ditolak kerana pihak DS Najib gagal membuktikan kewujudan titah adendum tersebut.
Namun dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan, keputusan memihak kepada DS Najib kerana pihak beliau telah mengemukakan bukti melalui afidavit.
Dalam afidavit yang difailkan oleh Nizar Najib, beliau telah mengemukakan dokumen dari Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.
Namun pihak Peguam Negara (AG) telah merayu berkaitan kewujudan titah adendum tersebut di Mahkamah Persekutuan.
Pada 28 April 2025, panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah memberi kebenaran kepada permohonan pihak Peguam Negara.
Di Manakah Prinsip Kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara?
Penulis tidak akan mengulas dari sudut teknikal perjalanan kes tersebut kerana penulis bukan pengamal undang-undang.
Tetapi sebagai rakyat marhaen, ada beberapa perkara yang perlu diketengahkan untuk perhatian pihak tertentu.
Pertama, sudah tercatat dengan jelas, kuasa pengampunan, menangguhkan hukuman, megunrangkan hukuman atau melegakan hukuman adalah kuasa mutlak Raja Raja Melayu.
Bagi kes yang dibicarakan di negeri yang mempunyai raja, maka ianya terletak kepada raja yang memerintah di negeri tersebut.
Bagi kes yang dibicarakan di Wliayah Persekutuan, maka ianya terletak kepada kuasa YDP Agong.
Lembaga Pengampunan boleh memberikan pendapat dan menasihati, tetapi YDP Agong atau Raja Raja Melayu tidak terikat kepada nasihat yang diberi.
Kedua, isu sama ada titah tersebut wujud atau pun tidak sudah tidak timbul lagi.
Kerana melalui surat dari Istana Pahang, DYMM Sultan Pahang yang merupakan YDP Agong yang mengeluarkan titah tersebut sudah mengesahkannya.
Persoalannya, mengapakah selepas mendapat pengesahan dari Istana Pahang, isu tersebut masih mahu dicabar di mahkamah?
Mengapakah kuasa prerogatif Raja Raja Melayu masih mahu dicabar di mahkamah.
Ketua Eksekutif adalah Melayu, Peguam Negara adalah Melayu, Menteri Undang Undang juga Melayu.
Di manakah diletakkan prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja & Negara?
Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
Di Syorkan Untuk Anda:
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
You must be logged in to post a comment.