Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

Sudah menjadi pengetahuan umum, dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti PKR, 2 jawatan utama, presiden dan timbalan presiden tidak akan di pertandingkan.

Namun begitu, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pernah berkata, ia hanyalah cadangan dan persetujuan di peringkat dalaman parti.

Dalam artikata lain, ruang untuk pertandingan tidak ditutup.

Parti tetap akan menerima sekiranya ada calon yang mahu mencabar penyandang terkini.

Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan di peringkat cabang PKR di seluruh negara telah mengejutkan banyak pihak.

Ada yang menyifatkannya sebagai keputusan badan tanpa kepala.

Banyak nama-nama besar dalam PKR tewas dalam pertandingan di peringkat cabang.

Tetapi orang kuat yang mendokong mereka selama ini berjaya mengekalkan jawatan yang disandang.

Lebih mengejutkan lagi, nama-nama besar yang tewas dalam pemilihan Ketua Cabang, dilihat lebih condong kepada Timbalan Presiden PKR sekarang, Rafizi Ramli.

Apa Mesej Yang Mahu Di Sampaikan Oleh Akar Umbi PKR?

 

Menurut Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Madya Hamdan Mohd Salleh, ini menunjukkan suara ketiga parti sudah menjadi semakin lantang.

Mereka adalah akar umbi yang setia kepada presiden parti tanpa menyertai mana-mana cai atau kumpulan dalam pemilihan.

Kumpulan ini juga akan memainkan peranan cukup penting dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Sekiranya apa yang dikatakan Hamdan betul, maka inilah masanya untuk Saifuddin mencabar Rafizi bagi jawatan timbalan presiden.

Saifuddin selama ini sememangnya dikenali sebagai tokoh yang setia kepada presiden parti, Anwar Ibrahim.

Bercakap dengan nada yang sama, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, ia memberi isyarat Saifuddin perlu mengambil peluang sekali lagi untuk berdepan Rafizi.

Tetapi jangan lupa, pengaruh Rafizi di peringkat akar umbi tidak boleh di pandang remeh.

Walau pun ramai nama-nama besar yang pro beliau telah tewas, namun pendokong kuat mereka masih mengekalkan jawatan.

Mereka inilah yang boleh mempengaruhi akar umbi untuk kembali mengukuhkan kedudukan Rafizi melalui kerusi MPP PKR.

Saifuddin dan Rafizi mempunyai kelebihan dan kekurangan, sekiranya jawatan timbalan presiden dipertandingkan.

Sebagai sebuah parti yang sarat dengan kisah perjuangan pahit dan manis, semestinya kematangan dan kebijaksanaan ahli tidak perlu diragui.

 

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker