Rebecca Nur Al Islam Terima Teguran Abang Kandung

“Saya Akan Delete Segalanya…”

Rebecca Nur Al Islam Terima Teguran Abang Kandung

Rebecca Nur Al Islam Terima Teguran Abang Kandung

Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam akhirnya akur dengan teguran dan nasihat abang kandungnya yang juga baru sahaja bergelar suami kepada usahawan, Bonda Rozita Ibrahim berhubung isu yang melibatkan Rebecca serta keluarga usahawan terkenal ini.

Terima Segala Nasihat Abang Kandung

Rebecca menerusi Insta Stories, turut menitipkan ucapan terima kasih di atas segala teguran dan nasihat yang diberikan oleh abangnya pada malam tadi.

“Terima kasih Along untuk nasihat anda malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata yang positif yang dicurahkan pada malam ini. Love you Along, Adik sayang along sangat-sangat.”-tulis Rebecca di Insta Stories

“Saya Akan Delete Segala-Galanya…”

Dalam pada itu, Rebecca menyatakan bahawa dia bakal memadam segala hantaran di media sosialnya berhubung isu yang tular tersebut.

“Kita semua mendoakan Along sentiasa sihat dan bahagia sentiasa bersama osteri dan anak-anak tercinta.

Saya akan delete segala-galanya. Blood is thicker than water”-tulis Rebecca lagi

Rebecca Nur Al Islam Terima Teguran Abang Kandung

Terdahulu, Rebecca pernah membidas kenyataan Datin Shahida yang menyifatkan pelakon ini menumpang populariti abangnya yang berkahwin dengan mentua kepada Shahida.

Bidas Rebecca, isteri Aliff seharusnya bersyukur kerana berkahwin dengan lelaki yang berada. Malah, Rebecca turut menggelar Shahida sebagai ‘makcik bodoh’ selain tidak mencerminkan sikap seorang wanita yang bertudung.

 

Rebecca Nur Al Islam Terima Teguran Abang Kandung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker