Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu

Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Sifatkan Sebagai ‘Cheatcode’

Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu

Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu [VIDEO]

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila didakwa memperlekehkan pengorbanan bekas isterinya Cik Epal ketika melahirkan anak-anak mereka.

Tular tangkap layar

Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu [VIDEO]

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Cik Epal mendedahkan tangkap layar perbualan Jofliam dengan seorang individu di ruangan DM (direct message).

Perbualan tersebut menunjukkan Jofliam seolah-olah memandang rendah terhadap bekas isterinya yang bersalin menggunakan suntikan epidural selain menyifatkannya sebagai ‘cheatcode’.

Pakai chetacode epidural..tak sakit pun rupanya.

Next anak pun epidural juga, so Yuki pun epidural.

Kemarahan kaum ibu

Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu [VIDEO]

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pendedahan tangkap layar berkenaan telah mencetuskan kemarahan kaum ibu terhadap usahawan piza itu.

Dalam masa yang sama, mereka berharap Jofliam sedar akan keterlanjuran kata-katanya dan menghargai pengorbanan bekas isteri yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak meskipun mereka sudah bercerai.

Kalau sudah bermusuhan dengan bekas isteri pun, kau petik je la episod lepas cerai. Ini kau petik semua sampai sakit beranak pun kau kata tak sakit.

Ego lelaki, aku pernah hadapi situasi penceraian tapi aku sebagai lelaki tetap berterima kasih dekat bekas isteri. Susah payah bertarung nyawa lahirkan zuriat kami.

Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai ya, sekadar RM50 ribu tu setitis peluh waktu melahirkan lagi berharga.

Sumber: IG Cik Epal

Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker