Bas mini langgar pesawat
Bas mini langgar pesawat

NEW DELHI – Sebuah bas mini berlanggar dengan pesawat syarikat penerbangan IndiGo yang sedang diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, negeri Karnataka, lapor laman berita Hindustan Times.
Menurut agensi berita PTI yang memetik jurucakap lapangan terbang, kenderaan tersebut melanggar pesawat yang tidak beroperasi.
“Pada 18 April 2025, kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan), sebuah kenderaan yang dikendalikan oleh agensi pengendalian darat pihak ketiga telah melanggar pesawat yang tidak beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda.
“Tiada kecederaan dilaporkan,” kata satu kenyataan.
Sementara itu, syarikat penerbangan IndiGo berkata, insiden tersebut sedang disiasat. – AGENSI
Bas mini langgar pesawat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.