AKPS rampas 14 tan cili di Bukit Kayu Hitam
AKPS rampas 14 tan cili di Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas cili seberat 14,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM42,000 di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Jumaat lalu.
AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan rampasan dilakukan sekitar 9.40 malam selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang membawa sayur segar dari negara jiran.
“Hasil pemeriksaan mendapati, ia tidak mematuhi syarat permit import GPL (Grading, Packaging and Labeling) seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 2008 atau Sijil Perakuan Pematuhan 3P yang sah,” menurut kenyataan itu.
Pemeriksaan rutin dilakukan ke atas kontena import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, dan notis di bawah Seksyen 15(1) Akta MAQIS 728 dikeluarkan.
Barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – BERNAMA
AKPS rampas 14 tan cili di Bukit Kayu Hitam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.