Polis rampas hampir 23kg dadah, tahan 2 lelaki di Seberang Perai Tengah

Polis rampas hampir 23kg dadah, tahan 2 lelaki di Seberang Perai Tengah

Polis rampas hampir 23kg dadah, tahan 2 lelaki di Seberang Perai Tengah
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad. – Foto fail NSTP/Danial Saad

BUKIT MERTAJAM: Taktik sindiket pengedaran ganja yang menyimpan bahan larangan berkenaan dalam sebuah stor di daerah Seberang Perai Tengah, di sini, terbongkar selepas diserbu polis dalam satu operasi terancang, petang semalam.

Dalam operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang antara jam 3 petang hingga 7 malam itu, mereka berjaya merampas hampir 23.3 kilogram (kg) dadah jenis ganja selain syabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata dua lelaki tempatan yang berusia 31 dan 53 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.

Katanya, rampasan dadah dibuat dalam tiga serbuan iaitu pertama di Seberang Jaya yang menyaksikan seorang lelaki ditahan manakala syabu seberat 0.45 gram ditemui.

“Tindakan susulan kemudian dibuat apabila kita menyerbu sebuah kawasan di Seberang Perai Tengah dan berjaya membuat satu lagi tangkapan yang dia dipercayai ahli sindiket ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hamzah berkata pihaknya turut menyita tujuh kenderaan selain pelbagai barang kemas dan jam tangan berjenama dengan keseluruhan nilai rampasan harta termasuk dadah bernilai RM103,000.

Katanya, dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 11,500 penagih.

“Siasatan mendapati sindiket ini mula aktif sejak awal tahun ini dengan menfokuskan pasaran tempatan.

“Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah. Semakan juga mendapati mereka berdua mempunyai rekod lampau melibatkan kesalahan dadah serta jenayah,” katanya.

Hamzah berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 25 April ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis rampas hampir 23kg dadah, tahan 2 lelaki di Seberang Perai Tengah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker