Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut akibat dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di kawasan belakang Balai Polis Marin Tok Bali, di sini, hari ini.
Mangsa, Ramli Mohd Rahim, 51, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah.
Susulan itu, beliau berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap seorang lelaki dewasa bersama sebuah motosikal.
“Anggota bomba kemudian memotong dahan pokok itu menggunakan gergaji berantai, dan berjaya mengalihkannya daripada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.