KBS minta MA selesaikan isu dalaman
KBS minta MA selesaikan isu dalaman

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menuntut agar Olahraga Malaysia (MA) menyelesaikan isu dalaman ‘keluarga’ yang membabitkan beberapa atlet pecut negara.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau berharap pihak persatuan dan atlet dapat mencari jalan penyelesaian dan kata sepakat tanpa membiarkan isu berkenaan berlarutan sehingga menjejaskan persiapan atlet ke Sukan Sea Thailand hujung tahun ini.
“Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan banyak perbincangan dengan MA termasuk Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin, dan kita dengar pelbagai versi (isu). Kita beri mereka (MA) satu lagi peluang untuk menyelesaikannya secara dalaman, termasuk menjelaskan apa perancangan MA untuk atlet mereka.
“Kita tidak mahu MA mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya — selesaikan secepat mungkin. Kita tidak mahu Sukan Sea terjejas. Atlet sepatutnya sudah berada dalam latihan,” katanya di MSN Bukit Jalil, hari ini.
Melihat kepada isu yang sedang berlaku ketika ini, Presiden MA, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa pihak mereka tidak mahu membuat keputusan tanpa terlebih dahulu melihat fakta sebenar berhubung kes berkenaan.
KBS minta MA selesaikan isu dalaman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.