Faisal dikhuatiri patah tulang hidung

Faisal dikhuatiri patah tulang hidung

 

Faisal dikhuatiri patah tulang hidung
FAISAL (tengah) berlaga dengan Obilor di mana situasi itu menyebabkan hidungnya berdarah dan terpaksa mendapatkan rawatan. FOTO Bernama

Petaling Jaya: Bintang Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi berdepan detik cemas apabila kemungkinan difahamkan mengalami kecederaan patah tulang hidung ketika aksi dengan PDRM FC, malam tadi.

Dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, Faisal dilihat bertembung dengan ketua pasukan PDRM FC, Faith Friday Obilor pada minit 55 yang menyaksikan dia cedera di bahagian muka.

Difahamkan, dia berlaga dengan Obilor di mana situasi itu menyebabkan hidungnya berdarah dan terpaksa mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kelab mengenai kecederaan menimpa Faisal itu.

Pada perlawanan terakhir liga itu, skuad Red Giants menang dengan keputusan 2-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Dua jaringan tuan rumah dihasilkan pada babak kedua menerusi Alvin Fortes di minit 49 dan Yohandry Orozco minit 92.

Pada Mei tahun lalu, Faisal ditimpa kecederaan apabila diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke badannya.

Susulan serangan itu menyaksikan pemain sayap itu terpaksa dibedah dan berehat selama beberapa bulan sebelum kembali ke padang dan beraksi semula pada hujung Ogos tahun lalu.

Faisal dikhuatiri patah tulang hidung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker