‘Terpaling santai’, lelaki minum teh di tengah jalan

‘Terpaling santai’, lelaki minum teh di tengah jalan

‘Terpaling santai’, lelaki minum teh di tengah jalan
Suspek ditahan selepas rakaman dia menghirup teh di tengah jalan ditonton oleh polis. – X

NEW DELHI – Seorang lelaki ditahan selepas menyiarkan rakaman dia bersantai di kerusi sambil menghirup secawan teh di tengah jalan yang sibuk di India, lapor portal berita The Indian Express semalam.

Kejadian berlaku di bandar Bengaluru, negeri Karnataka pada 12 April lalu.

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @BirCityPolice menunjukkan lelaki berkenaan menikmati secawan teh sambil duduk di kerusi dan menyilang kakinya.

Meskipun pemandu kenderaan membunyikan hon berulang kali, dia duduk tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Rakaman itu tular sehingga ditonton polis Bengaluru yang mendorong mereka melakukan tangkapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Suspek kini ditahan dan berdepan tindakan undang-undang.

Menerusi siaran di laman X, polis berkata: “Minum teh di tengah jalan raya akan menyebabkan anda di saman, bukan membawa kemasyhuran! Awas, kami memerhatikan anda.”

Siaran itu mencatatkan lebih 93,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam talian.

“Tolong jangan benarkan dia diikat jamin atau bebaskan dia selepas beberapa jam. Penjarakan sahaja orang ini!” kata seorang netizen.

“Saman sahaja tidak cukup! Berikan hukuman lebih berat!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

‘Terpaling santai’, lelaki minum teh di tengah jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker