Tak Adil Untuk Umisya
Suami Kena Rampas Lepas Itu Dia Pula Kena Kacau
Tak Adil Untuk Umisya
Kemelut melibatkan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi bersama anak dan menantunya iaitu Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam dilihat masih berpanjangan apabila mereka saling berbalas hantaran di media sosial.
Kemelut itu juga sedikit sebanyak memberikan tempias kepada isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.
Umisya mangsa keadaan
Terbaharu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @jueazhar_ tampil menyuarakan pendapatnya menerusi aplikasi Threads.
Ujar wanita itu, individu yang patut dikasihani dalam kemelut ini adalah Umisya memandangkan dia merupakan mangsa keadaan.
Eloklah londehkan lah aib masing-masing seolah-olah sempurna belaka diri itu.
Semua pun sama ja tapi satu, jangan ganggu Umisya tu.
Dia itu mangsa keadaan, suami dia kena rampas lepas itu dia pula kena kacau.
Tak adil ‘drag’ Umisya
Tambahnya, adalah tidak adil apabila Umisya turut terpalit dengan kemelut ini selepas apa yang telah dilaluinya sebagai seorang isteri.
Bayangkan sakit yang dia rasa masa suami kantoi kahwin di Thailand masa dia pergi buat umrah.
Kejam ya korang? Dah seksa jiwa raga dia dalam pantang, sebelum pantang, sekarang pun nak ‘drag’ dia lagi dalam perbalahan korang.
Tepuk dada tanya iman itu.
Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.
Sumber: Threads
Tak Adil Untuk Umisya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.