Ruth, Peres tarik diri London Maraton

Ruth, Peres tarik diri London Maraton

Ruth, Peres tarik diri London Maraton
RUTH tarik diri London maraton kerana tidak berada dalam keadaan terbaik. -FOTO AFP

London: Pemegang rekod dunia, Ruth Chepngetich, dan juara bertahan, Peres Jepchirchir, menarik diri daripada London maraton kurang dua minggu sebelum perlumbaan berlangsung.

Ruth dari Kenya memecahkan rekod dunia wanita di Chicago tahun lalu dengan catatan masa 2:09:56 saat, menjadikannya wanita pertama yang berjaya menamatkan maraton dalam masa kurang daripada 2 jam 10 minit. Dia sebelum ini berharap untuk memperbaiki catatan itu di London pada 27 April.

“Saya tidak berada dalam keadaan mental atau fizikal yang sesuai untuk memberikan aksi terbaik di London, dan oleh itu saya membuat keputusan untuk menarik diri.

“Saya sangat sedih kerana terpaksa melepaskan peluang ini dan saya berharap dapat kembali tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakan senegaranya, Peres, juara tiga kali kejohanan utama dan pemenang pingat emas Olimpik di Tokyo empat tahun lalu menarik diri kerana mengalami kecederaan buku lali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


“Saya kini memberi tumpuan untuk proses pemulihan dan berharap dapat kembali ke London pada masa akan datang apabila saya benar-benar cergas,” katanya.

Bagaimanapun Vivian Cheruiyot dari Kenya, juara tahun 2018, mengesahkan akan penyertaannya pada saat akhir.

Maraton London tahun ini dijangka mencatat rekod dunia baharu bagi bilangan peserta terbanyak, dengan lebih daripada 56,000 orang bakal menyertai perlumbaan itu.

Ruth, Peres tarik diri London Maraton

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker