Penjawat awam wanita hilang lebih RM600,000, terpedaya pelaburan tak wujud
Penjawat awam wanita hilang lebih RM600,000, terpedaya pelaburan tak wujud

SIBU: Seorang penjawat awam wanita menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM600,000, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata kejadian bermula pada awal Mac lepas ketika mangsa yang berusia lewat 40an itu melayari Facebook di rumahnya dan tertarik dengan satu iklan pelaburan daripada syarikat dikenali sebagai “XGI Horizontal”.
Katanya, tertarik dengan janji syarikat tersebut untuk memberikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, mangsa kemudiannya berhubung dengan individu yang mengaku sebagai wakil syarikat menerusi aplikasi WhatsApp.
“Terperdaya dengan janji pulangan tinggi, mangsa telah melakukan beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek, melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM600,000,” katanya.
Mancha berkata mangsa menyedari ditipu apabila suspek terus meminta bayaran tambahan dan tiada sebarang keuntungan diterima seperti yang dijanjikan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Orang ramai digalakkan menyemak kesahihan syarikat dan laman sesawang pelaburan melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau hubungi BNM TELELINK di 1-300-88-5465.
“Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di www.sc.com.my atau melalui talian 03-6204 8999,” menurut kenyataan itu.
– BERNAMA
Penjawat awam wanita hilang lebih RM600,000, terpedaya pelaburan tak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.