Messi nafi wujud ketegangan antara Argentina dan Mexico
Messi nafi wujud ketegangan antara Argentina dan Mexico

London: Lionel Messi menafikan dakwaan wujudnya persaingan sengit antara Argentina dan Mexico, dengan menyatakan bahawa ketegangan yang dikatakan berlaku antara kedua-dua pasukan sebenarnya tidak wujud.
Rakaman video insiden di bilik persalinan selepas perlawanan kumpulan antara Mexico dan Argentina di Piala Dunia Qatar 2022 kelihatan menunjukkan Messi menolak jersi kapten Mexico, Andres Guardado, sekali gus mencetuskan kontroversi dalam media.
“Mereka meletakkan diri mereka dalam situasi seolah-olah ada persaingan dengan kami, sedangkan sebenarnya ia tidak wujud.
“Tiada perbalahan antara Argentina dan Mexico, dan saya tidak tahu dari mana perkara ini timbul,” kata Messi.
“Saya sentiasa rasa sangat disayangi oleh rakyat Mexico, saya tidak pernah tidak menghormati sesiapa,” katanya.
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali itu turut mengimbas kembali jaringannya yang penting menentang Mexico di Qatar, dan menggambarkannya sebagai satu kelegaan besar yang menghidupkan semula kempen pasukannya pada hari yang menyaksikan penyokong Mexico menguasai stadium.
“Gol yang paling saya nikmati di Qatar ialah gol menentang Mexico. Bukan kerana penyokong mereka, jauh sekali. Ia adalah satu kelegaan besar dan memberikan kami peluang untuk kembali menjadi diri kami semula,” kata Messi, yang menjaringkan empat gol menentang Mexico sejak tahun 2006 dan tidak pernah tewas dalam enam pertemuan dengan pasukan itu.
Messi nafi wujud ketegangan antara Argentina dan Mexico
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.