Gempur sindiket dadah: 5 ditahan, rampasan lebih RM1 juta
Gempur sindiket dadah: 5 ditahan, rampasan lebih RM1 juta

BUKIT MERTAJAM: Sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan syabu tumpas dengan lima lelaki ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Seberang Perai Tengah serta Seberang Perai Selatan, di sini, semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata kejayaan hasil serbuan antara jam 1.30 tengah hari hingga 2.45 petang, membawa rampasan dadah keseluruhan lebih RM155,000.
“Hasil siasatan membawa beberapa serbuan, dengan tiga lagi suspek ditahan di kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Berdasarkan risikan, sindiket bergiat aktif sejak pertengahan tahun lalu dengan menyasarkan pasaran tempatan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Hamzah berkata, semakan mendapati tiga daripada lima yang ditahan mempunyai rekod lampau kes dadah dan jenayah, manakala ujian saringan air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah.
Selain rampasan dadah, polis turut menyita beberapa kenderaan dan barang kemas, dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan lebih RM1 juta.
“Semua lima yang ditahan berusia antara 33 hingga 50 tahun direman tujuh hari sehingga 24 April untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Gempur sindiket dadah: 5 ditahan, rampasan lebih RM1 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.