Evenepoel pamer kayuhan juara, kuasai Brabantse Pijl

Evenepoel pamer kayuhan juara, kuasai Brabantse Pijl

Evenepoel pamer kayuhan juara, kuasai Brabantse Pijl
PERSAINGAN sengit Evenepoel dengan Van Aert ke garisan penamat. -FOTO AFP

Flanders, Belgium: Remco Evenepoel membuat kemunculan semula dalam saingan kompetitif dengan cara yang cukup mengagumkan apabila memenangi perlumbaan Brabantse Pijl di Flanders, empat bulan selepas mengalami kecederaan serius dalam satu kemalangan.

Pelumba pasukan Soudal-Quick Step itu terbabit dalam persaingan sengit dengan rakan senegara, Wout van Aert (Visma-Lease a Bike), sepanjang sebahagian besar perlumbaan menuju ke peringkat akhir perlumbaan sebelum muncul sebagai juara dalam pecutan ke garisan penamat.

Evenepoel, juara Olimpik dua kali, berkata, sebelum perlumbaan bahawa dia pernah terfikir karier berbasikalnya mungkin sudah berakhir pada Disember lalu selepas dia merempuh pintu kenderaan sebuah kenderaan yang terbuka semasa sesi latihan.

Pelumba berusia 25 tahun dari Belgium itu mengalami pelbagai kecederaan, termasuk patah tulang rusuk, tulang belikat dan tangan, serta lebam pada paru-parunya.

“Saya benar-benar perlukan menang perlumbaan ini untuk mencari jawapan kepada semua persoalan yang bermain di fikiran, dan kini saya rasa sangat lega.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


“Memenangi perlumbaan ini, dalam persaingan pecutan ke garisan penamat menentang Wout, memberikan saya keyakinan yang besar untuk perlumbaan seterusnya.

“Sepanjang perlumbaan saya rasa kaki saya cukup kuat, jadi saya buat keputusan untuk menyerang dan kami berjaya membuka jurang.

“Ia membuatkan kami percaya kepada peluang kami, dan kami teruskan sehingga tinggal saya dan Wout sahaja dalam kilometer terakhir. Saya rasa saya cukup kuat di penghujung perlumbaan dan saya beri segala-galanya. Ia adalah hari yang sempurna buat kami dan memberikan saya kepuasan yang luar biasa.”

Ini adalah kemenangan pertama Evenepoel sejak dia mempertahankan gelaran juara dunia ujian masa lebih raya di Zurich, Switzerland pada bulan September yang lalu.

Evenepoel pamer kayuhan juara, kuasai Brabantse Pijl

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker